Pages

Ads 468x60px

Thursday, 27 December 2012

Part 1 | Fierra Hussayne dalam rancangan Generasi Y??

Assalamualaikum kepada semua pembaca..

Dikesempatan ini, izinkan sy memanjatkan rasa kesyukuran diatas nikmat yg diberi oleh Allah diatas peluang dan rezeki yg diberi setelah sekian lamanya. Syukur alhamdulillah. (ayt agak skema disitu)  hehe.. Tajuk diatas mesti ade yg buatkan orang tertanya2 disebalik penceritaan dari jemputan tersebut. jeng3.. :p Ok, nak cite la ni kat korang.


Part 1: Sebelum dapat berita jemputan..
Pada suatu malam Ahad bertarikh 16/12/2012, setelah fira ditemani kakak berpenatan pi majlis kenduri kawan dan pi Big Bad Wolf Book Sale 2012 kat MIECC pada siang harinya, fira pun relaks2kanlah diri, menyembang sat dgn adik bradik bila dah sampai rumah. Pastu mula la tangan menggatai nak online, macam kebiasaan bukak lah Fb. Pada awalnya tak perasan lagi, dah update status dan offline fb. Bukak jap twitter pulak. ish3.. Banyak betul laman sosialnya. shhh.. :p Pastu offline segala laman sosial jap pi mandi, solat, makan pa suma, bukaklah semula fb sementara nak tunggu mata mengantuk, padahal dah penat berjalan. *sempat lagi* Tengoklah profil sendiri kat fb, dok tengok home jap, tengok update status sendiri, dah tu tengok inbox macam ade yg menarik pulak kat situ. Tekan la button inbox fb tu. Then, tetibe muncul nama insan yg jarang sekali kuar kat inbox fira. Berdegup la jugak jantung nak bukak inbox tu. huhu.. Bila bukak inbox tu, kuar mesej macamni "RTM melalui GENERASI Y (Bualbicara santai berpenonton & band iringan) berbesar hati menjemput Fierra sbg panel undangan yg bertajuk "Berguru Dengan Internet" dlm rakaman rancangan ini." dari Penerbit Rancangan. << contoh ringkasan mesej beliau. Hah, tak ker terkejut kalu korang dapat mesej camni? Tetibe malam yg suram disinari cahaya bintang2 bergemerlapan. haha.. Menjerit sakan dok panggil mak ayah suruh baca mesej tersebut memalam buta, bukan apa sebab takut tersalah baca ker, yg lain dah tidoq sedap dah masa tu, puaih la jugak dok usap2 mata dua tiga kali tengok betui ka dak. huhu.. Sambil tu tangan menggeletar hati bergoncang nak terima ka tak jemputan tu. Macam tak caya, tapi kene pecaya sebab esoknye kene bagi jawapan dah. Sepanjang malam tu dok pikir nak ke tak pi jemputan tu sampai pukul 3.00 pagi la jugak tak tidoq. Yang ayah fira, lepas baca mesej tu dia pun apa lagi, kuar segala nasihat dan ayat kerahan suruh pi latih diri. Iyelah, dia tahu anak dia ni mempunyai penyakit penakut dan darah gemuruh bila berdepan dgn ramai orang. Jadinya, ini salah satu peluang utk hilangkan penyakit2 tersebut.. hehe.. ok, ayah, akan ku pikirkan esok.. >.< Tidoq pon malam tu dlm keadaan tidak tenang.. Macam org lepas kene lamar dah.. *ok itu tipu* ^^

Huh, inilah reaksi muka bila memikirkan sesuatu secara serius.. Blur seketika!! -.-"

>>>>> Nantikan sambungan Part 2 pulak.. Terima kasih kerana sudi membaca.. :)

Friday, 30 November 2012

Tips Kecantikan: Menaikkan seri wajah dan hilangkan parut jerawat (homemade face mask)

Assalamualaikum.. 

Tajuk yg kebabom bukan main tu mesti ada yg tak sabaq!! haha.. Tunggu sat, bagi ceq beleter dulu noh.. Ni nak crita ni.. Bukan apa, setelah dok renung tengok kat cermin dekat2 kan baru lah sedar yg muka dah penuh kesan parut jerawat *ade la tiga empat ketui* tang muka ni.. huhu.. Pulak tu, nampak muka macam dah pucat, kusam, tak licin dan kering gitu.. Tak berjaga sungguh!! *mara diri sendiri* hurm.. >.< Tu yg menggelabah dok tanya kat mak fira, ape nak buat dgn muka dah tak secantik dan semulus Siti Nurhaliza ni.. eh!! Tetibe.. hehe.. So, mak fira pun bg la petua ni menggunakan cara org lama.. Ok, jom ikuti cara buat dgn hasil tgn sendiri.. 

Langkah pertama:
-Sediakan kunyit hidup, lobak merah, kentang dan limau nipis
-Kuantiti : ikutla byk mane yg korang nak pakai kat muka
-Kunyit jgn banyak sgt nanti muka kuning mcm masscot digi (hehe)

Langkah kedua:
-Hiris kunyit hidup, lobak merah dan kentang nipis-nipis
-Potong limau nipis (suku pun cukup)

Langkah ketiga:
-Kisar hirisan kunyit hidup, lobak merah dan kentang tadi 
sehingga hancur bersama perahan limau nipis

Ok, dah siap.. kalau jadi macam dalam gambar tu dah bole pakai dah kat muka :)



Cara penggunaan: Fira syorkan bole ikut petua ni sebulan 2-3 kali pakai kat muka sampai pulih dan kesan jerawat pun dah hilang.. Pastikan muka dicuci dulu dan bersih sebelum pakai mask ni ye.. Pakai dalam setengah jam camtu ke seluruh muka kecuali dikeliling mata dan mulut.. (perhatian: pedih sekiranya termasuk mata) 

Sekian sahaja tips kali ni.. Terima kasih kerana membaca dan mengikuti tips ini.. Nantikan tips yg berikutnya pula ya.. :)



Tuesday, 27 November 2012

Gambar Majlis Persandingan Hairie Othman & Dalia Diyana Ruslan

Assalamualaikum..

Pada hari Sabtu 24 November 2012 lepas telah berlangsung satu majlis persandingan pelakon Hairie Othman & Dalia Diyana Ruslan di Dewan Serbaguna Sri Iskandar, Perak.. Sebenarnya, ini adalah majlis keluarga, Diyana Ruslan ni pangkat mak sedare fira.. hehe.. Jadi, fira pun ade jgk masa majlis persandingan berlangsung.. Awesome ok!!! ni fira kongsikan detik2 manis mereka berdua..


gamba berdua kat sebelah tu menyelit jgk!! hehe..
photo by: diarisatuhati.blogspot.com

photo by: diarisatuhati.blogspot.com

photo by: diarisatuhati.blogspot.com

photo by: diarisatuhati.blogspot.com

Pemilik blog ni nak jgk bergambo kat pelamin.. *fefeeling*
photo by: diarisatuhati.blogspot.com

Official Photographer untuk Majlis Persandingan Hairie Othman & Dalia Diyana Ruslan di Dewan Serbaguna Sri Iskandar ialah Momentlicious | Photography & Creative Services.. Terima kasih untuk foto yg menarik dan terbaik ini.. Sila klik link tersebut untuk sebarang info lebih lanjut.. Gambarnya di bawah ini: 













Terima kasih kerana sudi menjenguk ke blog ini.. :)

Thursday, 22 November 2012

Tips Kecantikan: Rahsia Skrub Beras (homemade)

Assalamualaikum..

Ape kaba suma? sihat? Musim hujan ni mula la ramai yg tak sihat, demam, batuk, selsema, pening.. Macam fira jgk jangkit satu rumah.. Jaga kesihatan k!! Oklah, tanpa berceloteh panjang, kali ni fira nak kongsikan petua kulit licin, lembut, putih, mulus, gebus..eh!! hihi buang segala daki2 yg *menetap* kat badan korang tu.. Bukan perempuan je, laki pun bole guna petua ni taw.. Buat sendiri je, tak perlu nak beli produk memahal sedangkan bende yg sama je.. lg puas hati.. *jgn malas nak cantik ni* abesla beras kat umah korang lepas ni.. haha.. ^^

Cara membuat Skrub Beras:

Langkah pertama:
-Sediakan beras (brape byk kuantiti yg korg nak)

photo by: google

Langkah kedua:
-Masukkan beras ke dalam kuali utk digoreng
-Pastikan beras digoreng sehingga garing dan warna keemasan
-Sentiasa kacau beras supaya tidak hangus (nnti tak elok)

photo by: google

 Langkah ketiga:
-Selepas beras dah jadi warna keemasan, biarkan ia sejuk sedikit
-Kemudian selepas beras dah suam2 kuku, kisar ia sehingga hancur 
dan halus seperti dalam gambar dibawah

photo by: google
Cara penggunaan: Skrub beras ini bole dipakai ke seluruh badan termasuk dimuka. Bole digunakan sebulan      2-3 kali (jangan kerap sgt nanti kulit jadi kering). Cara pakai mudah saja. Ambil brape kuantiti yg korang nak, basahkan dgn air, dan sapu dibadan sewaktu mandi. (ambil masa ulang skrub beras ni dibadan). Untuk kulit lebih cerah dan lembab, korang bole jgk campurkan skrub beras ni dgn susu tepung (susu kambing lbh baik). Pastikan simpan lebih skrub beras ni dalam bekas yg bersih dan ditempat yg kering. 

ok, sekian tips kecantikan arini.. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa di blog fira.. :)




Sunday, 4 November 2012

Layan: Gara-gara Hello! My Lady..



Assalamualaikum.. 

Hai, apa kaba suma? selamat berhujung minggu, inilah masa utk santai2 lepak2 rileks2 terbaring sumalah.. *happy lah tu* tapi ada jgk yg bekerja kan sabtu ahad.. takpe2.. selamat bekerja!! chaiyok!! hehe.. Arini biase lah, dengan berbesar hatinye fira dok umah kan lepas abes mengemas umah, kemas dapur, basuh pinggan, sapu sampah, mop lantai suma *rajin tak kita?* :p bercita2 la nak sambung tengok drama korea yg tak abes tgk malam tad sambil melipat baju lagih.. *rajinkan?* haha.. drama Hello! My lady.. walaupun cite dah lame baru nak tgk betul2.. hew2.. tapiiii... terpaksa simpan dulu niat tu sebab ade penghalang yg tetiba terjebak jgk nak tengok sesame.. haha.. sape lagi kalau bukan mak kesayangan kita lah.. hah, kan!! semalam anaknye ni tengah melipat baju nak hilangkan boring layanlah cite nih online je kat Maaduu, sambil2 tu dia pun dok sebelah pasang hanger kat baju utk nak sidai pun rupanya dok layan jgk.. haha.. lepastu, tengahari ni tad cakap la kat mak.. 

Macamni dialognye:
Fira: mak jap lg eiya nak tgk cite korea semalam tau.. nak sambung tgk.. hehe..
Mak: eh, tak bole.. tak bole.. janganlah!! tengoklah cite lain dulu, kan byk drama lain..
Fira: ala, cite lain tak best.. nak tengok jgk yeh.. *jaat kan?* 
Mak: takde2.. tunggu mak balek jap lg jgk..
Fira: kol bape? 
Mak: kol 4 kot..
Fira: >..< (huih, lamenye nak tunggu.. iyolah!! menurut kata tanpa rela) haha..

So, kene la tunggu sampai mak balek petang jap lg baru dpt tgk.. adehhh.. mak pun dah tersangkut tgk cite korea.. tu lah, sape suruh bagi tgk.. haha.. (orang tua pun bole layan cite korea) keh3.. mak2!!

Inilah dia my mom.. terpengaruh cite korea.. haha..

Terima kasih sudi membaca celoteh kali ni.. :)

Tuesday, 30 October 2012

Segmen Santai: Muara Hati

Assalamualaikum..

Dengar je tajuk lagu tu konfem suma dah tahu kan.. Ok, arini fira sediakan utk halwa telinga pembaca lirik *agak over disitu guna gamba sendiri* hehe dan muzik video Muara Hati (official studio version) serta disebalik tabir pembikinan muzik video Muara Hati.. Lagu yg berulang kali dengar sampai tak reti nak berenti dah.. tak tau la org sekitar bengang ker tak dok ulang jer kan sbb suka sangat2 bukan saje lagu dia tapi penyanyi tersohor negara tu Dato' Siti Nurhaliza.. *peminat setia ni tau* dari kecik sampai sekarang ni still lagi mengikuti aktiviti idola kesayangan ni.. :) So, silalah dengarkan dan saksikan muzik video OST Adam dan Hawa ni.. kalau boring2 ker pegi je kat blog fira ni ek, macam2 ada.. *promote sikit* hehe.. padahal baru nak aktif update entri pun.. 


Lirik Muara Hati



MTV Muara Hati (Official Studio Version)



Disebalik tabir pembikinan muzik video Muara Hati



Gambar disebalik tabir Muara Hati

Beliau punyai AURA tersendiri.. Dato Siti.. My Idol.. hehe..





Terima kasih kerana sudi menjenguk ke blog ni ye..

Monday, 29 October 2012

Berwajah Baru!! I loike!!

Assalamualaikum..

Cuba tengok ape yg berwajah baru tu? cer tengok cer tengok.. hehe.. Dengan berbesar hatinye nak jgk menunjuk hasil grafik yg telah diubah yg tidak berapa canggih kat HEADER blog kita tu kan kan.. ok tak? *mintak puji* hihi.. Jenoh tau buat benda alah tu.. sebab tak mahir.. tapi paling mudah menggunakan Adobe Photoshop CS4 laa.. tu pun berpeluh jugak lah nak mengedit.. huh!! lepastu siang tadi sempat jugak tambah widget2 baru utk menaikkan seri wajah blog fira yg kusam nih.. bagi comel2 sikit, tapi dah macam keanak-anakan pulak.. warna pink gitu.. hee.. takpelah, sesuai dgn umur yg masih muda remaja sweet 21 ni kan.. hehe.. :p (tak igt tu awal januari taun depan dah 22thn ok) ni baru dapat buat sikit2 je edit blog sbb masih belaja lagi tentang template la bagai2 tu.. takpe, slow2 naa.. "saya budak baru belajar, kalau salah tlg tunjukkan" :) ok, sekian terima kasih.. itu je nak cakap utk malam ni.. Nah tengok proses mengedit yg jenoh sgt tu.. Mari mengasah bakat grafik yg tak seberapa tu.. haha.. 

Proses mengedit menggunakan (Adobe Photoshop CS4):
Langkah Pertama
copy la kat mana2 link utk header ni (PNG file)

Langkah Kedua
crop dan erase dgn kemas utk masukkan gamba ni kat tempat yg dikehendaki

Langkah Ketiga
tambahla apa2 teks ker..
taraaaa... siap dah header ni.. pastikan save dlm (PNG file) .. :)

Terima kasih kerana sudi membaca entri seciput ini.. hehe.. 

Sunday, 28 October 2012

Melawat kubur arwah opah di Hari Raya Aidiladha.. Rindunya Opah!!

Assalamualaikum pembaca..

Pertama sekali, nak ucap Salam Aidiladha suma.. Sory kelewatan dan dah lame pun tak update ape2 kat sini.. jari jemari dah keras nak menulis.. (alasan) hehe.. Entri kali ni nak cite tentang arwah opah fira yg dah meninggal sejak 5/4/2011, masa fira tgh praktikal diploma.. sob sob.. Opah meninggal sebab sakit barah hati.. kalau nak tau sakit barah hati ni adalah yg paling teruk berbanding sakit lain, sebab bole buat pesakit lupa ingatan, rebah tiba2, senang cite inilah pengalaman pertama fira bersama org sakit yg dah  nak nazak, kene jaga dan tido disebelahnya setiap malam.. Utk pengetahuan, opah fira tak suka tido dikatil suka tido kat bawah,so, fira dgn opah pun stiap malam tido kat toto.. (agak korg tau tak toto tu ape?) Yang paling sedih mse 2 3 hari sebelum dia nak pergi, sebelum dia tido dia suka termenung, pastu penah fira tertengok dia tgh termenung pandang fira tau.. tapi opah buat2 pandang tempat lain lepastu.. sebenarnye kita dah prasan dah.. then, opah bukan jenis org yg suka mengadu sakit, kalau bole dia nak gagahkan jgk diri dia buat sendiri suma.. padahal dia dah tak larat nak bangun pun, jalan pun jatuh2.. penah la jgk dia terjatuh atas badan fira masa dia bangun nak pegi bilik air sendiri, pegang meja kaca pulak tu.. Ya Allah, nasib baik opah takde pape.. Setiap malam kene berhati2 je tido supaya tak lena sgt takut opah jaga sorg2 nak pegi tandas.. Mengantuk la jgk nak pegi keje setiap pagi tu (mse praktikal).. huhu.. tapi takpe demi opah, fira pun tak penah rapat sgt dgn opah (bukan cucu kesayangan), manje2 ker tak penah pun.. bila dah hari2 terakhir dia baru dpt rapat mcmtu.. Malam last sebelum opah pegi kan, bunyi dia bernafas kuat sgt.. dia tak tido pun, asik terjaga je.. fira pun tak leh pejam mata malam tu, apalagi nak lena.. dah pagi dlm pukul 3-4 mcmtu opah muntah2 teruk tak berhenti.. waktu tu mak fira pun dah bangun dgn kakak sorg lg.. tak sanggup nak tgk keadaan dia waktu tu.. hmm.. teruk sangat2!! kesian opah!! Esok paginye ayah,mak,adik bawak pegi hospital dgn harapan opah dpt bertahan lama sikit laa.. tapi tak.. Lusa paginye jgk opah kesayangan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.. Innalillahiwainnalillahirajiun.. Jenazah opah muka suci bersih je rupa, siap dgn wajah tersenyum lg.. sejuk hati memandang.. hurm.. Semoga opah ditempatkan bersama orang2 yg beriman.. amin ya rabbal alamin..


                                                  
                                        Salam Aidiladha!! ni muka tak mekap tempek bedak arab je waktu kat kubur.. 
Ni kubur arwah opah.. Marbiah binti Zainal Abidin.. bacaan al-fatihah dan yasin utk opah ..

Teringat nasihat opah: "eiya blaja sampai habis tau, lepastu nak buat ape pun takpe.." (eiya panggilan famili) sebenarnye, kos (kesetiausahaan) yg fira amik tu bukan pilihan hati fira sbb tu waktu study diploma dulu byk sgt cabaran kene tempuh, penah sampai rasa dah give up sgt.. fira minat art & design.. dapat pun tawaran kat uitm sri iskandar kos tu, at the same time dpt jgk kos setiausaha kat poli.. tp demi kata2 org kos art & design susa nak cari keje terpakse la amik kos setiausaha walaupun tak berminat.. hurm.. cita2 dulu nak jadi pereka dan ade butik sendiri tapi tu suma dah terkubur bersama impian dan cita2 yg tak kesampaian.. forget it lah fira!! takde rezki ke situ namanya kan.. bila rasa give up blaja kan, itulah kata2 yg fira igt, kata2 opah tu fira pegang sampai abis belaja.. alhamdulillah, dapat jgk lepas diploma tu sekarang dgn pointer cukup2 makan 3 pointer something je.. opah harus bangga dgn cucu opah ni jgk tau.. hehe.. thanks jgk kat opah sbb kata2 semangat tu.. love u opah!! :)

thanks sudi baca entri yg feeling2 kali ni.. :) 

Wednesday, 27 June 2012

Segmen Ilmiah: Owh!! Ganti Puasa!!

Assalamualaikum pembaca,

Sempena bulan Ramadan yang dah nak kunjung tiba menjengah kita semua ni kan, mesti semua yang belum ganti tu tengah berpusu2 nak ganti balek puasa yang dah tertinggal dulu.. hehe.. sye pon!! Ok, disini sye nak kongsikan sedikit ilmu hasil dari membace buku "Anda bertanya USTAZ AZHAR IDRUS menjawab" tentang persoalan Ganti Puasa ni.. Pinjam ilmu sikit ye ustaz.. :)

PERSOALAN : "Pada tahun lepas, sye tidak sempat habis mengganti puasa, adakah sye perlu mengganti dua kali ganda puasa itu pada tahun ini? Ataupun hanye perlu membayar fidyah?"

JAWAPAN UAI : Sekiranye saudari tidak sempat ganti pada tahun lepas, bermakne saudari wajib ganti puasa itu pada tahun ini dengan jumlah hari yang same iaitu tidak bertambah. Tetapi wajib membayar fidyah di samping menggantikan puasa itu sebanyak secupak beras bagi sehari yang ditinggalkan.

haa.. Sekarang mesti korang semua mane yang tak tau dulu tu dah boleh tau dengan membace entri pendek sye ni kan? (yang dah tau takyah cite laa..) nampak tak sye tak kedekut ngan korang? hehe.. Sharing is Caring la katekan.. Ok, slamat mengganti puasa ye sume!!! Dan semoga dapat meniti Bulan Ramadan yang penuh berkah dengan penuh kekuatan, lg beberape hari je lagi ni.. counting days!!

Terima kasih sudi bace entri kali ini..

Dedikasi Penulis!! Silalah baca.. Jangan segan2..hehe..

Assalamualaikum pembaca blogger sekalian,
Diisyhtiharkan bahawasanye Fierra Hussayne atau pun dikenali di fb dengan name Fierra Lovate telah mempunyai blognye sendiri.. Dengan secara tiba2nye beliau telah berminat utk menulis setelah ade pertanyaan dari beberape orang yg begitu mengambil perhatian menanyakan adakah sye mempunyai blog? Ok, mai cite sempoi je lah k utk sesi perkenalan kte ni..

SAPE AWAK NI?
Sye lebih senang hati menggunakan name gelaran yg dah melekat kat fb takkan nk tukar nanti tak kenal plak, lagipon nak ala2 glamor sikit la kunun.. keh3.. Leh je panggil fira pon ok.. Sekarang ni berumur 21 tahun dan masih bujang trang tang tang (belum berkahwin ye! masih mude) hehe.. Sye memang asal orang Selangor mak ayah sye je orang Perak dan kami sekeluarge dok Bangi.. Baru sahaja menghabiskan Diploma Sains Kesetiausahaan kat Politeknik Sultan Idris Shah. Degree? mmg niat nak sambung bergantung kepade peluang dan rezki yg Allah beri.. Lately ni, susah nak carik keje yang suitable ye dak? huhu.. Yang ade pon banyak peluang bisnes walaupun minat tapi macam tak yakin pulak dengan diri yang sederhane ni untuk mengambil risiko yang besar tanpe mencuba buat yang kecik2 dulu, yang penting kene carik pengalaman banyak2 dulu even kene bekerja dibawah orang.. 

MOTIF BUKAK BLOG?
Sebenarnye, bukak blog ni sejak 2011 lagi, bila kene buat assignment Internet dan Persembahan task lecturer bagi tapi setelah diamati terlalu detail tentang peribadi sye jadi terpakse delete & renew balek satu persatu post2 yg ade dan inilah hasilnye yg tak seberape.. kene banyak explore lagi maklumlah baru2 nak mencebur diri.. hehe.. Dan yang buatkan sye bersemangat nak bukak blog ni bile ade beberape orang kenalan fb yang tanye nak link blog sye dan sebagainye membuatkan sye berkata: "why not sye cube bukak mane tahu ade pembace yg nk follow up?" Masakan pokok nak bergoyang kalau takde orang yg goncang kan? (perumpamaan yg mcm tak kene) hehe.. Tujuan bukak blog ni tidaklah secare menyeluruh hanye menceritakan kisah peribadi semate2, sambil2 tu semestinya sye mengambil peluang untuk menyampaikan sesuatu yg baik untuk muhasabah diri kte semua.. Dengan harapan, semoga korang sume terhibur ya!!

GENRE YANG NAK DISAMPAIKAN?
Rasenye sye tak tetapkan ape2 genre kot.. Sye sampaikan ape sahaje pelbagai genre mengikut kesesuaian, pengalaman, pengetahuan dan sedikit ilmu yang mahu dikongsikan bersama2 pembaca.. Dan juge dengan kesempatan bukak blog ni, sye akan berkongsi produk2 kecantikan terbaik dan korang bole dapatkan produk2 tu melalui sye nanti ye!! Tunggu je entri selepas ini k..

Salam Perkenalan dari sye!!! Jangan lupe jenguk2!!

Thanks sudi bace tulisan yang agak kelam kabut ni yea.. <3
 

Kata-kata Semangat

"jika anda mahukan kejayaan, jgnlah meningglkn sorg drpd kamu berada didlm kegagalan.. biarlah kejayaan itu dikecapi dan dirasai bersama tnpe ada yg terkebelakang.."

"Tanpa keberanian, mimpi takkan bermakna."

"Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati."
There was an error in this gadget

Kata-kata Hikmat

"Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi lalat yang membusukkannya."

"Jika kita mampu meletakkan diri kita ditempat orang lain, saya yakin manusia tidak akan menzalimi sesama manusia lagi."

"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan."