Pages

Ads 468x60px

Image slider by diarisatuhati.blogspot.com Image slider by diarisatuhati.blogspot.com #htmlcaption

Friday 24 May 2013

Jatuh Cinta | SimplySiti


Hai, semua.. Assalamualaikum!!!
Semoga semuanya didalam kesihatan yang baik ya.. Wah, dah berusang sungguh blog saya tanpa mengupdate apa2 entri baru kat sini kan.. Fhuh2!! Buang sawang2 yang tersangkut kat dinding tu sat.. hehe.. 

Kunun2 muka jatuh cinta la tu.. hehe..
Entri kali ni sempoi2 sepoi2 bahasa je.. Rindu dah lama tak menjengah kat sini.. Tajuk pasal jatuh cinta plak kan.. Ok lah.. ni yang nak cite ni.. Sebelum ni, macam2 dah guna untuk muka, pixy la, avon la, bedak arab la tapi nak kata yang betul2 serasi dengan kulit tu tak dapat jumpa lagi.. Bedak Arab memang dah ok, tapi baru ni saya tak tahu la dapat yang macam mana pakai muka capuk2 tak sekata kat muka.. Nampak pelik bila tengok dekat2 tapi dulu ok je.. Saya plak jenis kalau pakai mekap tak suka tak nampak natural.. Sampai lah pada satu ketika, bila dok usha2 compact powder dekat guardian (tempat saya selalu beli barang kosmetik termasuk watson's), tiba2 rasa teringin nak pakai produk SIMPLYSITI jenama Malaysia keluaran Dato' Siti Nurhaliza.. Tengok jugak produk lain tapi rasa macam tak berkenan patah balik dekat produk SimplySiti, macam ada magnet menarik diri saya kearahnya.. Ala, macam orang jatuh cinta la kan tak nampak yang lain dah nampak yang tu je.. hehe.. Oh SimplySiti, I'm falling in love with you gituh.. 

PRODUK SIMPLYSITI















Keistimewaan yang saya dapat rasa sendiri bila pakai Compact Powder SimplySiti ni, sebab dia two way cake (powder & foundation), ikut warna kulit kita (ada pelbagai warna pilihan), tak bercapuk (comot), nampak natural, bedak dia sangat lembut dan boleh menggunakan air untuk kesan yang lebih sempurna.. Harganya pula berpatutan, tak mahal sangat tak murah sangat bertepatan dengan kualiti produknya.. Saya sebagai pelanggan SimplySiti merasa sangat puas hati.. cheewah.. :) Dah tu, yang bestnya siap dapat free gift 3 tester perfume Simplysiti pulak tu.. Ni yang buat jatuh cinta berkali2 nih.. hihi.. Rahsiaku Kini Milikmu!! 


Bedak kesukaan saya dan free gift minyak wangi SimplySiti (tester)

Eh, Dato' Siti dah buat website baru lah.. Jom terjah link ni - SimplySiti.com 
Terima kasih baca entri kali ini.. Ok.. Selamat Bercuti.. Happy weekend!! ;)


Monday 4 March 2013

Gastrik | Apabila penyakit menguasai diri!!


Assalamualaikum semua..
Kalau ada yang perasan, dah hampir sebulan lebih fira tak menulis disini. huh, lama sungguh. Macam-macam yang berlaku dalam waktu tak berblog tu yang memenuhi kehidupanku. *macam busy sangat je bunyi kan* hehe.. Pertamanya, setelah sekian lama hidup dibumi ini dengan tiba2nya fira terkena penyakit gastrik. Teruk tahu. Daripada berat selalu 47-49kg turun sampai 43.6kg je. *masa timbang memang muka pucat terkejut* huhu.. Selepas beberapa minggu dah pulih bulan lepas, awal bulan ni terkena sekali lagi. sob2.. Tak selera makan, loya, perut luka, dan banyak angin dalam perut (itu antara symptoms2 nya). Ada orang kata gara2 stress. *yaka?* Busy yang lain tu termasuk la, membikin dan menyibukkan diri di page bisnes sendiri Fierra Beauty Shoppe dan Sabun Kolagen Rumpai Laut - K Secret. Jemputlah LIKE kedua page ni tanda sokongan anda.. tq.. Bawah ni fira bagi sedikit info tentang penyakit gastrik. Selepas ni, sama2 kita menjaga kesihatan masing2 ya.. :)

Gastrik
Sumber Info: 1 Klik
Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.
Penyebab Gastrik
Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.
Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.
Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.
Punca-punca lain Gastrik:
  • Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan kokain
  • Merokok
  • Stres
  • Gangguan autoimun
  • Penyakit crohn
  • Radiasi dan kemoterapi
  • Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  • Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  • Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  • Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
  • Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.
Gastritis Terbahagi Kepada Dua:
  • Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
  • Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.



    Tahun 2012 : dulu chubby sikit.. dan pipi bam bam..


    Tahun 2013: Sekarang, sampai ada yang kata fira edit bagi nampak kurus.. ish3.. gara2 gastrik..

    Lepasni, nak maintain 46kg, baru stabil dengan ketinggian yang tak berape nak tinggi tu.. hehe.. Sekarang fira makan supplement dengan pengambilan PMC/Kolagen Rumpai Laut secara berterusan, katanya baik untuk pulihkan orang gastrik.. Insyaallah.. Ada jual dekat page fira jugak taw.. *promote sat*..  Ok, sekian terima kasih kerana sudi melawat blog fira dan membaca entri yang agak boring kali ni.. Almaklumla cakap pasal kesihatankan, faham dah.. Mesti ade yang skip tengok gamba je kan.. kan..  hehe.. 

Wednesday 2 January 2013

Part 2 & Part 3 | Fierra Hussayne dalam rancangan Generasi Y??

Assalamualaikum semua..

Sudahpun masuk tahun baru 2013. Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca blog ini. Semoga segala urusan terlaksana dan dipermudahkan hendaknya pada tahun ini. Amin.. Entri kali ni sambungan pada tajuk Part 1 yang lepas tentang jemputan Generasi Y. Teruskan membaca ok!! hehe.. Kali ni entri agak panjang berjela sebab dari Part 2 skip terus sampai part 3. *harap anda tidak boring* huhu

Part 2: Selepas mendapat berita jemputan..
Pada pagi Isnin 17/12/2012 keesokan harinya, awal2 pagi lagi dah bangun. Selalu almaklumla kelewatan sikit bangunnya. hehe.. Ni lepas solat Subuh memang mata dah berkelip2, kepala pun dok pusing2 memikirkan jemputan tersebut. *hati tak tentu arah* Bukan apa, selama ni fira tak pernah berangan nak masuk rancangan sebegini ka atau nak kena berhadapan dengan audience dan kamera. Dulu masa sekolah dan kat Poli tak penah ketengahkan diri, asyik nyorok duduk belakang orang ja. Yang fira aktif dulu pun Koir kat sekolah dan sukan larian ja. Dekat Poli masa diploma lagi la tak aktip langsung. Pidato ka, syarahan ka suma tak penah masuk. Tak reti dan segan. *saya ni pemalu orangnya* hukhuk.. Lepastu kan, dok tanya kakak, abang, mak, ayah, sumalah yang ada kat rumah waktu tu, tanya pendapat dorang pulak. Macam2 la pendapat dan pandangan suma diambil kira dan kata dorang yang paling penting diri sendiri tu. Bole buat atau tidak? Bersedia ker nak berhadapan dgn ramai orang (audience) dan kamera? Dah cari rujukan tajuk yg diberi? Dan sebagainya. Bila dah fikir banyak2 kali soalan2 dorang tu dan setiap soalan fira dah bole yakin jawab, dalam pukul 9 camtu fira pun balas inbox mesej insan yg menjemput fira (penerbit rancangan) dan juga hantar mesej kat nombor fone seperti yang diberikan diatas kesudian fira menerima jemputan tersebut. Dalam mesej tu siap fira tanya, ade sediakan teks soalan dan sebagainya. Yelakan, org pertama kali kena jemput kena banyak bertanya dan ambil tahu perkara yang kita tak pernah tahu sebelum ni. Bila dah hantar mesej tu, waktu tu rasa macam "Eh, betul ker aku ni?", "Em, takpa kot, rakaman je kan" *sedapkan hati yg tak berapa nak tenang* dup dap jantung tunggu respon mesej dari yang berkenaan. Dalam pukul 9.30 camtu, krik krik *bunyi mesej ringtone cengkerikku* hehe.. Alhamdulillah, dapat dah respon balasan mesej tadi. Katanya, terima kasih feedback, jangan risau konsep program ni santai dan bersahaja dan Muaz (pengacara) akan mainkan peranan, tiada soalan yang disediakan, perbincangan 'on the spot' semasa rakaman. Tengahari beliau call untuk briefing. <<contoh lebih kurang mesej beliau. Ok, fira balas. Hati dah agak tenang sikit *sikit la* sebab dah bagi jawapan jemputan dan dapat respon yang baik.

Part 3: Semasa hari rakaman berlangsung..
Pada 18/12/2012 hari Selasa, awal2 subuh pukul 5 pagi lagi fira dah bangun and get ready baca bahan rujukan yang dah dicari dari semalamnya. Semalamnya pun dah baca sikit2. Tapi macam tak puas hati dan tak cukup, on lappy dan cari lagi bahan rujukan yang berkaitan. hehe.. Pagi tu lepas solat Subuh, praktis apa yang nak dicakap, cara cakap dan bagai2 la. And the most important part is when I have to fight my stage fright. *eh lidah melayu ter'speaking' omputih pulak* hehe.. Lepas dah praktis macam2 tu kan, tetibe dalam pukul 9.30 camtu, fira rasa tak sedap badan, rasa nak demam, pening, muntah, rasa tak larat dan lemah badan sebab masa hari Ahad sebelum tu kena hujan pi kenduri kawen kawan. Hah, sudah, abesla daku!! Waktu tu fira ngadu kat mak, macamane nak buat kalu dah camni? Mak fira suruh makan ubat dan baring sekejap dalam sejam. Yang terbaiknya, mak fira siap suruh ayah pegi beli air kacip fatimah 2 tin, air zam-zam, air milo kotak untuk persediaan anaknya yang tetibe jatuh sakit. *terima kasih mak, luv u!* Fira terlajak tido dekat 1 jam setengah sampai pukul 11, brape kali dah mak fira kejut. Bangun2 ja, ya Allah dah pukul brape ni? Memang dah terlewat, nak mandi dan bersiap lagi. Badan still rasa lemah lagi. Masa bersiap tu mak fira paksa minum air kacip fatimah tu, mula2 rasa kembang tekak takut tak sedap, rupanya sedap la jugak, telan setengah ja, bagi badan bertenaga balek. Pukul 1 baru bertolak dari rumah ke Angkasapuri. Dalam kete sempat berbalas soalan dgn ayah fira, dia bagi idea sikit2. Sampai Angkasapuri dalam pukul 1.30. Dah sampai tu, pegi kat pos pengawal, dapatkan pas pelawat tapi pengawal tak bagi masuk kete dalam waktu bekerja, fira pun mesej penerbit sebab beliau kata dah ada tempat kete khas disediakan kat dalam. Then, sementara tu tunggulah kakak datang join rakaman ni. *fira paksa datang bagi semangat* huhu.. Penerbit pun call uruskan hal tu, dan dapatlah kami bertiga masuk ke dalam dengan rasminya disediakan tempat parking VIP ok, siap disambut oleh penerbit sendiri. Wah!! Terima kasih RTM dan penerbit yang baik hati. :) 

Gambar sebelum, semasa dan selepas sesi rakaman Generasi Y tempoh hari. :) Jom saksikan!
Credit to: Nik Ramzi Nik Hassan (Official Photographer RTM)
Edited by: diarisatuhati.blogspot.com (compile photos into one session)






Penghargaan kepada RTM, Kru Produksi Generasi Y, Official Photographer RTM, Make-up artist, Band iringan dan yang paling utama terima kasih diucapkan kepada Penerbit Rancangan Generasi Y, En. Hisham kerana telah menjemput saya untuk menjadi panel undangan yang bertajuk "Berguru Dengan Internet" pada kali ini. Dan terima kasih juga kepada Pakar Motivasi (Cikgu Lutfi) yang banyak memberikan idea dan tunjuk ajar dan juga Pengacara (Muaz) yang banyak membantu memainkan peranan penting sepanjang sesi rakaman berlangsung. Layanan yang diberikan pihak RTM sangat memuaskan. Ini adalah pengalaman pertama yang dapat memberi pengajaran dan pembelajaran baru buat saya. Kenangan terindah yang takkan ku lupakan. Salah satu program yang bagus untuk anak2 muda tonton. 



(Terima kasih jugak kat keluarga tercinta yg banyak memberikan idea, kerjasama, sokongan dan kata2 semangat)

Insyaallah, rakaman ini akan bersiaran langsung selepas 3 minggu dari tarikh (18/12/2012) kemungkinan pada hari Sabtu ni (5/1/2013) pukul 4.00 ptg di RTM1, sebarang perubahan akan diberitahu. Take note! Jangan lupa tonton. :) Minta maaf utk segala kekurangan dari saya yg terlihat semasa siaran langsung nanti. First time lah katakan. Gugup pulak tu. huhu.. Sekian, terima kasih diucapkan kepada anda yang sanggup membaca sampai ke penghujung entri yang panjang berjela2 kali ni. panjangkan? Kalu nak diceritakan keseluruhan cerita secara terperinci lagi panjang dari ni kot, tak larat dah nak tulis, takut tak terbaca pulak nanti. hehe.. Ok lah, enjoy your life in your own way! :) Thanks again!

Thursday 27 December 2012

Part 1 | Fierra Hussayne dalam rancangan Generasi Y??

Assalamualaikum kepada semua pembaca..

Dikesempatan ini, izinkan sy memanjatkan rasa kesyukuran diatas nikmat yg diberi oleh Allah diatas peluang dan rezeki yg diberi setelah sekian lamanya. Syukur alhamdulillah. (ayt agak skema disitu)  hehe.. Tajuk diatas mesti ade yg buatkan orang tertanya2 disebalik penceritaan dari jemputan tersebut. jeng3.. :p Ok, nak cite la ni kat korang.


Part 1: Sebelum dapat berita jemputan..
Pada suatu malam Ahad bertarikh 16/12/2012, setelah fira ditemani kakak berpenatan pi majlis kenduri kawan dan pi Big Bad Wolf Book Sale 2012 kat MIECC pada siang harinya, fira pun relaks2kanlah diri, menyembang sat dgn adik bradik bila dah sampai rumah. Pastu mula la tangan menggatai nak online, macam kebiasaan bukak lah Fb. Pada awalnya tak perasan lagi, dah update status dan offline fb. Bukak jap twitter pulak. ish3.. Banyak betul laman sosialnya. shhh.. :p Pastu offline segala laman sosial jap pi mandi, solat, makan pa suma, bukaklah semula fb sementara nak tunggu mata mengantuk, padahal dah penat berjalan. *sempat lagi* Tengoklah profil sendiri kat fb, dok tengok home jap, tengok update status sendiri, dah tu tengok inbox macam ade yg menarik pulak kat situ. Tekan la button inbox fb tu. Then, tetibe muncul nama insan yg jarang sekali kuar kat inbox fira. Berdegup la jugak jantung nak bukak inbox tu. huhu.. Bila bukak inbox tu, kuar mesej macamni "RTM melalui GENERASI Y (Bualbicara santai berpenonton & band iringan) berbesar hati menjemput Fierra sbg panel undangan yg bertajuk "Berguru Dengan Internet" dlm rakaman rancangan ini." dari Penerbit Rancangan. << contoh ringkasan mesej beliau. Hah, tak ker terkejut kalu korang dapat mesej camni? Tetibe malam yg suram disinari cahaya bintang2 bergemerlapan. haha.. Menjerit sakan dok panggil mak ayah suruh baca mesej tersebut memalam buta, bukan apa sebab takut tersalah baca ker, yg lain dah tidoq sedap dah masa tu, puaih la jugak dok usap2 mata dua tiga kali tengok betui ka dak. huhu.. Sambil tu tangan menggeletar hati bergoncang nak terima ka tak jemputan tu. Macam tak caya, tapi kene pecaya sebab esoknye kene bagi jawapan dah. Sepanjang malam tu dok pikir nak ke tak pi jemputan tu sampai pukul 3.00 pagi la jugak tak tidoq. Yang ayah fira, lepas baca mesej tu dia pun apa lagi, kuar segala nasihat dan ayat kerahan suruh pi latih diri. Iyelah, dia tahu anak dia ni mempunyai penyakit penakut dan darah gemuruh bila berdepan dgn ramai orang. Jadinya, ini salah satu peluang utk hilangkan penyakit2 tersebut.. hehe.. ok, ayah, akan ku pikirkan esok.. >.< Tidoq pon malam tu dlm keadaan tidak tenang.. Macam org lepas kene lamar dah.. *ok itu tipu* ^^

Huh, inilah reaksi muka bila memikirkan sesuatu secara serius.. Blur seketika!! -.-"

>>>>> Nantikan sambungan Part 2 pulak.. Terima kasih kerana sudi membaca.. :)

Friday 30 November 2012

Tips Kecantikan: Menaikkan seri wajah dan hilangkan parut jerawat (homemade face mask)

Assalamualaikum.. 

Tajuk yg kebabom bukan main tu mesti ada yg tak sabaq!! haha.. Tunggu sat, bagi ceq beleter dulu noh.. Ni nak crita ni.. Bukan apa, setelah dok renung tengok kat cermin dekat2 kan baru lah sedar yg muka dah penuh kesan parut jerawat *ade la tiga empat ketui* tang muka ni.. huhu.. Pulak tu, nampak muka macam dah pucat, kusam, tak licin dan kering gitu.. Tak berjaga sungguh!! *mara diri sendiri* hurm.. >.< Tu yg menggelabah dok tanya kat mak fira, ape nak buat dgn muka dah tak secantik dan semulus Siti Nurhaliza ni.. eh!! Tetibe.. hehe.. So, mak fira pun bg la petua ni menggunakan cara org lama.. Ok, jom ikuti cara buat dgn hasil tgn sendiri.. 

Langkah pertama:
-Sediakan kunyit hidup, lobak merah, kentang dan limau nipis
-Kuantiti : ikutla byk mane yg korang nak pakai kat muka
-Kunyit jgn banyak sgt nanti muka kuning mcm masscot digi (hehe)

Langkah kedua:
-Hiris kunyit hidup, lobak merah dan kentang nipis-nipis
-Potong limau nipis (suku pun cukup)

Langkah ketiga:
-Kisar hirisan kunyit hidup, lobak merah dan kentang tadi 
sehingga hancur bersama perahan limau nipis

Ok, dah siap.. kalau jadi macam dalam gambar tu dah bole pakai dah kat muka :)



Cara penggunaan: Fira syorkan bole ikut petua ni sebulan 2-3 kali pakai kat muka sampai pulih dan kesan jerawat pun dah hilang.. Pastikan muka dicuci dulu dan bersih sebelum pakai mask ni ye.. Pakai dalam setengah jam camtu ke seluruh muka kecuali dikeliling mata dan mulut.. (perhatian: pedih sekiranya termasuk mata) 

Sekian sahaja tips kali ni.. Terima kasih kerana membaca dan mengikuti tips ini.. Nantikan tips yg berikutnya pula ya.. :)



Tuesday 27 November 2012

Gambar Majlis Persandingan Hairie Othman & Dalia Diyana Ruslan

Assalamualaikum..

Pada hari Sabtu 24 November 2012 lepas telah berlangsung satu majlis persandingan pelakon Hairie Othman & Dalia Diyana Ruslan di Dewan Serbaguna Sri Iskandar, Perak.. Sebenarnya, ini adalah majlis keluarga, Diyana Ruslan ni pangkat mak sedare fira.. hehe.. Jadi, fira pun ade jgk masa majlis persandingan berlangsung.. Awesome ok!!! ni fira kongsikan detik2 manis mereka berdua..


gamba berdua kat sebelah tu menyelit jgk!! hehe..
photo by: diarisatuhati.blogspot.com

photo by: diarisatuhati.blogspot.com

photo by: diarisatuhati.blogspot.com

photo by: diarisatuhati.blogspot.com

Pemilik blog ni nak jgk bergambo kat pelamin.. *fefeeling*
photo by: diarisatuhati.blogspot.com

Official Photographer untuk Majlis Persandingan Hairie Othman & Dalia Diyana Ruslan di Dewan Serbaguna Sri Iskandar ialah Momentlicious | Photography & Creative Services.. Terima kasih untuk foto yg menarik dan terbaik ini.. Sila klik link tersebut untuk sebarang info lebih lanjut.. Gambarnya di bawah ini: 













Terima kasih kerana sudi menjenguk ke blog ini.. :)

Thursday 22 November 2012

Tips Kecantikan: Rahsia Skrub Beras (homemade)

Assalamualaikum..

Ape kaba suma? sihat? Musim hujan ni mula la ramai yg tak sihat, demam, batuk, selsema, pening.. Macam fira jgk jangkit satu rumah.. Jaga kesihatan k!! Oklah, tanpa berceloteh panjang, kali ni fira nak kongsikan petua kulit licin, lembut, putih, mulus, gebus..eh!! hihi buang segala daki2 yg *menetap* kat badan korang tu.. Bukan perempuan je, laki pun bole guna petua ni taw.. Buat sendiri je, tak perlu nak beli produk memahal sedangkan bende yg sama je.. lg puas hati.. *jgn malas nak cantik ni* abesla beras kat umah korang lepas ni.. haha.. ^^

Cara membuat Skrub Beras:

Langkah pertama:
-Sediakan beras (brape byk kuantiti yg korg nak)

photo by: google

Langkah kedua:
-Masukkan beras ke dalam kuali utk digoreng
-Pastikan beras digoreng sehingga garing dan warna keemasan
-Sentiasa kacau beras supaya tidak hangus (nnti tak elok)

photo by: google

 Langkah ketiga:
-Selepas beras dah jadi warna keemasan, biarkan ia sejuk sedikit
-Kemudian selepas beras dah suam2 kuku, kisar ia sehingga hancur 
dan halus seperti dalam gambar dibawah

photo by: google
Cara penggunaan: Skrub beras ini bole dipakai ke seluruh badan termasuk dimuka. Bole digunakan sebulan      2-3 kali (jangan kerap sgt nanti kulit jadi kering). Cara pakai mudah saja. Ambil brape kuantiti yg korang nak, basahkan dgn air, dan sapu dibadan sewaktu mandi. (ambil masa ulang skrub beras ni dibadan). Untuk kulit lebih cerah dan lembab, korang bole jgk campurkan skrub beras ni dgn susu tepung (susu kambing lbh baik). Pastikan simpan lebih skrub beras ni dalam bekas yg bersih dan ditempat yg kering. 

ok, sekian tips kecantikan arini.. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa di blog fira.. :)




 

Kata-kata Semangat

"jika anda mahukan kejayaan, jgnlah meningglkn sorg drpd kamu berada didlm kegagalan.. biarlah kejayaan itu dikecapi dan dirasai bersama tnpe ada yg terkebelakang.."

"Tanpa keberanian, mimpi takkan bermakna."

"Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati."

Kata-kata Hikmat

"Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi lalat yang membusukkannya."

"Jika kita mampu meletakkan diri kita ditempat orang lain, saya yakin manusia tidak akan menzalimi sesama manusia lagi."

"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan."